HANYA selepas sebulan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat pengumuman hasrat untuk menubuhkan pasukan JDT Racing Team, perbincangan awal telah berlangsung melibatkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah.
Kedua-dua watak penting dalam penubuhan satu lagi cabang sukan dalam JDT itu bertemu dalam satu majlis di Johor Bahru yang menandakan permulaan projek baharu ini dan turut dihadiri Valeriano Rodriguez, pengurus teknikal JDT Racing Team
Perkara ini disahkan melalui hantaran di laman sosial rasmi JDT yang turut memperlihatkan Tunku Ismail membawa Hafizh Syahrin dan tetamunya melawat garaj kereta miliknya.
JDT RACING TEAM TO ROCK MOTORSPORT INDUSTRY
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor met JDT Racing Team rider Hafizh Syahrin Abdullah and technical manager Valeriano Rodriguez to discuss the setting up of the team ahead of the 2024 campaign.… pic.twitter.com/rcmsGsKZxO
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 15, 2023
“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah bertemu Hafizh Syahrin Abdullah, pelumba dan Valeriano Rodriguez, pengurus teknikal JDT Racing Tea untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.
“Bulan lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan niat untuk memasuki arena perlumbaan motosikal dengan pelumba terkemuka Malaysia itu.
“JDT Racing Team akan bermula di pertandingan Asia Road Racing Championship dengan hasrat untuk bersaing dalam pertandingan Superbike World Championship kelak,” tulis hantaran itu.
Dalam keadaan prestasi yang kurang memberangsangkan oleh pelumba negara di perlumbaan MotoGP baru-baru ini, diharap kerjasama ini akan mengembalikan semula zaman gemilang permotoran tempatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.