PASUKAN Arsenal bimbang dengan tahap kecergasan Gabriel Jesus selepas tercedera dan dilaporkan pemain penyerang itu disenarai dalam perlawanan Brazil menentang Argentina.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini telah terlepas tiga perlawanan pertama musim ini selepas mengalami kecederaan lutut. Kemudian, dia mengalami kecederaan hamstring dalam kemenangan bulan Oktober di Sevilla.

Sejak insiden itu, Jesus belum membuat sebarang penampilan dan Gunners menaruh harapan untuk Jesus kembali beraksi pada Disember.

Walaupun penyerang itu mempunyai masalah kecergasan, Jesus masih keluar untuk tugasan antarabangsa bersama Brazil minggu ini.

Image

Menurut laporan The Sun, bekas bintang Manchester City ini sedang dianalisis oleh pakar kecergasan Samba.

Globo Esporte kini mendakwa Jesus bakal mula beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang saingan sengit, Argentina pada Selasa.

Jurulatih Fernando Diniz kini sudah tidak mempunyai pemain Neymar Jr yang mengalami kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) semasa bermain untuk kelab baru, Saudi Al-Hilal bulan lalu.

Dia mengalami satu lagi pukulan dalam kekalahan 2-1 semalam kepada Colombia apabila Vinicius Jr dikeluarkan. Pemain Real Madrid itu mengalami kecederaan di paha dan akan dibawa ke Sepanyol untuk mendapatkan rawatan.

Ini bermakna Brazil kekurangan pemain penyerang ketika mereka bersedia untuk berlawan dengan juara Piala Dunia. Dan jika disahkan sihat oleh pasukan perubatan, Jesus akan mula beraksi di bahagian hadapan sebagai penyerang utama dalam formasi tiga serangkai bersama Rodrygo dari Real dan rakan sepasukannya di Arsenal, Gabriel Martinelli.

Image

Pedro boleh menampung kekosongan ditinggalkan Gabriel Jesus.

Pilihan lain untuk Brazil termasuklah Joao Pedro dari Brighton dan bakal bintang, Endrick dari Real. Bos Gunners, Mikel Arteta pastinya akan memerhatikan drama yang berlaku dengan penuh kebimbangan.

Dia sebelum ini memberi amaran supaya tidak menetapkan tempoh masa kepada Jesus untuk kembali, sebaliknya memberikan penyerang itu sepanjang masa yang diperlukan untuk memulihkan tahap kecergasannya.

Sekiranya Jesus mengalami masalah baharu atau kecederaan lamanya semakin memburuk, ia boleh mendorong Arteta untuk menandatangani penyerang baru pada Januari, dengan Ivan Toney dari Brentford menjadi pilihan teratas.