FOTO : PERAK FC

PERAK FC menunjukkan semangat juang yang tinggi sebelum tunduk 3-2 ketika berdepan pendahulu semasa Liga 1 Indonesia, Borneo FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang berakhir di Samarinda pada Sabtu.

Ketinggalan 3-0 pada babak pertama, skuad The Bos Gaurus dipimpin Yusri Che Lah nyaris mengikat kedudukan apabila berjaya mendapatkan dua jaringan pada 45 minit berikutnya.

“Walaupun kami tewas, kami dapat berikan tentangan sengit kepada bakal juara Liga 1 Indonesia. Meskipun di awal permainan kami ketinggalan dengan tiga jaringan, tapi dengan perubahan serba sedikit corak permainan untuk mengimbangi kembali berjaya.

“Kami lakukan di separuh masa kedua. Sungguh pun begitu, mungkin agak terlewat kerana kami membiarkan pasukan Borneo FC menguasai sebahagian besar di separuh masa pertama tadi.

“Jika dilihat permainan agak seimbang dalam babak kedua, dan kami banyak peluang yang kami ciptakan serta hampir-hampir untuk menyamakan kedudukan. Tetapi keputusan malam ini bagi saya berpuas hati dengan komitmen karakter para pemain,” kata Yusri selepas permainan di Stadium Segiri, Samarinda.

May be an image of 2 people, people playing American football, people playing football and text

Sementara itu, kapten pasukan, Luciano Guaycochea gembira rutin permainan dapat diteruskan lagi di bumi Indonesia termasuk penampilan bagus para pemain atas padang.

“Kami bermain dengan ramai pemimpin muda. Pertama sekali kami tidak dapat bermain dengan baik. Kita perlu belajar dan separuh masa kedua, kami melakukan lebih baik.

“Saya fikir, kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol. Tetapi ini adalah perkara biasa. Secara peribadi, kami memberikan perlawanan kepada peminat kami.

“Kami boleh mengekang pasukan lawan dan saya harap musim depan kita boleh buat yang lebih baik,” katanya.

May be an image of 5 people, people playing football, people playing American football and text that says "PERAK"

Dalam kunjungan di Kepulauan Borneo itu, Perak menang 4-2 mengatasi kelab Liga 3 Indonesia, Serpong City FC dalam aksi pertama.

Pertembungan berkenaan adalah sebahagian kerjasama yang dijalin meliputi pelbagai usahasama termasuklah mengadakan perlawanan persahabatan timbal balik di kedua-dua negara selain mempromosikan budaya semangat kesukanan di antara kedua-dua kelab berkenaan.

Difahamkan, perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Perak di Ipoh pada awal tahun depan yang akan menjadi sebahagian daripada jadual perlawanan persahabatan pramusim Perak FC.