JURULATIH skuad bola sepak wanita Chelsea FC, Emma Hayes mendedahkan Sir Alex Ferguson telah memberikan nasihatnya selepas dia disahkan sebagai bos Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Bekas pengurus Manchester United, Ferguson telah menghubungi pengurus Chelsea yang bakal keluar itu minggu lalu selepas diumumkan dia akan meninggalkan kelab tersebut.

Hayes akan menamatkan kempen Liga Super wanita 2023-24 dengan Blues sebelum dia menyertai skuad wanita Amerika Syarikat dua bulan sebelum Sukan Olimpik di Paris.

Hayes bersama Mauricio Pochettino (kanan) dalam skuad Chelsea.

Dia berkata: “Kami berbual minggu lalu, dia menelefon saya, tetapi saya sedang bercakap dengan Poch (Mauricio Pochettino). Malangnya, saya terpaksa memberitahu Poch untuk menunggu. Tidak ramai orang yang anda minta Poch menunggu tetapi saya memberitahunya ia adalah Sir Alex.

“Dia menelefon saya dari semasa ke semasa jadi saya tidak terkejut. Apa sahaja yang dia katakan kepada saya, saya selalu menerimanya dengan bangga. Dia adalah legenda dalam permainan ini dan pendapatnya adalah sesuatu yang saya hargai, dan dia cintakan Amerika.

“Kami bercakap sedikit mengenai itu, sedikit mengenai legasi, sedikit mengenai meninggalkan pada jawatan tertinggi. Jadi, ada kata-kata hikmah daripadanya. Saya pasti ia bukan panggilan telefon terakhir yang saya terima daipadanya musim ini,” tambahnya.

Hayes, yang mendapat jawatan di Chelsea pada musim panas 2012, telah membawa kelab itu meraih enam gelaran WSL, lima Piala FA, dan dua Piala Liga, satu kejayaan yang menampilkan dua liga dan Piala FA berganda dan satu treble domestik, sementara mereka menjadi naib juara Liga Juara-Juara pada tahun 2021.

Dia merupakan pengurus WSL sebanyak enam kali dan dinobatkan sebagai Pengurus Wanita FIFA pada tahun 2021.