FOTO : Sukan IPT

EDISI ketiga kejohanan bola sepak Pra U Cup 2023 menjanjikan saingan lebih sengit musim ini dengan penyertaan buat pertama kali lapan pasukan akademik bolasepak utama negara.

Saingan akan berlangsung di Akademik Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang bermula pada 25 November hingga 30 November 2023.

Buat pertama kali juga menyaksikan penyertaan Akademi Bolasepak Johor Darul Takzim (AJDT), Akademi Bolasepak Sime Darby, Akademi Bolasepak Penang Panther dan Mutiara Impian dari Pulau Pinang.

Manakala empat pasukan lagi terdiri daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Akademi Bolasepak Felda (ABS), Akademi Bolasepak Majlis Sukan Negeri Terengganu (ABMSNT) dan pasukan bolasepak Universiti Malaysia (MUFT).

Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) merupakan juara dua tahun berturut-turut kejohanan.
Bagaimanapun saingan pada edisi kali ini dijangka lebih mencabar dan sengit terutama dengan penyertaan Akademi JDT dan juga wakil dari Pulau Pinang.

“Ucapan maaf sahaja tidak memadai” – Dr Pekan

“Tidak semua pemain Akademi-akademi bolasepak ini nanti ditawarkan oleh pasukan atau kelab bolasepak untuk liga Malaysia. Ramai yang akan terpinggir. Lima tahun di akademi takkanlah ini penyudahnya. Jadi kita sediakan platform ini supaya mereka sambung belajar di IPT guna laluan khas sukan, belajar dan teruskan main bola” kata Pengarah Projek Pra U Cup 2023, Datuk Dr Dr Pekan Ramli.

Kejohanan Pra U Cup anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) kini semakin menarik minat Akademi-akademi bolasepak utama negara.

May be an image of 4 people, people playing American football, people playing football and text

Ia bertujuan untuk menyediakan satu persaingan yang kompetitif di kalangan pemain remaja negara serta membuka ruang kepada pemain-pemain untuk menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi sebagai pilihan alternatif sekiranya mereka tidak ditawarkan oleh pasukan atau kelab di Liga Malaysia.

Pra U Cup turut menawarkan hadiah kejuaraan dan anugerah pemain-pemain terbaik mengikut setiap posisi.