SIR Jim Ratcliffe mungkin perlu menunggu sehingga minggu depan untuk menyelesaikan pembeliannya di Manchester United.
Sebelum ini, ia telah dijangkakan pembelian Ratcliffe £1.3 bilion (RM7.58 bilion) untuk 25 peratus saham di kelab akan disahkan sekarang.
Walau bagaimanapun, media Telegraph Sport kini melaporkan tidak ada jaminan perjanjian itu akan diumumkan sebelum ‘perayaan kesyukuran’ pada Khamis dan sumber yang rapat dengan bidaan itu bimbang pengesahan awam mungkin tidak akan berlaku sehingga minggu depan.
Jutawan Britain itu perlu menunggu antara enam ke lapan minggu lagi untuk perjanjian tersebut disahkan oleh Liga Perdana sebelum meneruskan rancangan penstrukturan semula.
Bagaimanapun, Pengarah bola sepak United, John Murtough kelihatan dikekalkan jawatannya sementara kelab itu mencari pengarah bola sepak tetap yang baharu.
Terdahulu, United telah mengumumkan pemergian Richard Arnold dari jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) minggu lalu. Ini berlaku ketika Ratcliffe bersedia untuk membuat perubahan besar di sebalik tabir kelab.
Pasukan Ineos Ratcliffe difahamkan ingin mendapatkan pakar untuk mengisi peranan penting kerana kelab Red Devils mengalami kesukaran dalam pengambilan dan strategi jangka panjang sejak Sir Alex Ferguson bersara.
Dougie Freedman dari Crystal Palace dan bekas Ketua Pengambilan bahagian Tottenham, Paul Mitchell, turut dikaitkan dengan jawatan Pengarah bola sepak. Turut dihubungkaitkan, Lee Congerton dari Atalanta, bekas duo AC Milan, Paolo Maldini dan Ricky Massara, serta Andrea Berta dari Atletico Madrid.
Walau bagaimanapun, laporan itu menambah tidak ada jaminan Murtough meninggalkan jawatan tersebut walaupun pembelian Ratcliffe selesai kelak, walaupun laporan pada hujung minggu menunjukkan sebaliknya.
Namun, keluarga Glazer akan mempunyai keputusan akhir dalam hal-hal kakitangan kerana mereka memegang pegangan saham majoriti di kelab itu.
Keputusan dengan Arnold dikatakan telah membawa kepada kemerosotan hubungannya dengan Joel Glazer dan petunjuk bahawa dia sudah mula melepaskan jawatan itu, manakala Murtough dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan kekal kelihatan di tempat latihan kelab Carrington.
Malah, dia tetap berharap untuk membuat beberapa penambahan kakitangan sendiri dalam persediaan pengambilan Red Devils bagi kedua-dua pasukan, pemain muda dan pasukan utama.
Salah satu perkara dalam agenda Ratcliffe adalah menguruskan masa depan Jadon Sancho yang telah diasingkan dari latihan pasukan utama sejak pergaduhan awamnya dengan jurulatih Erik ten Hag berkenaan prestasi latihannya.
Dilaporkan, terdapat minat dari kedua-dua Juventus di Itali dan dari Arab Saudi. Perkara lain dalam agenda akan menjadi pelaburan di Old Trafford.