LIONEL Messi mengetuai barisan Argentina keluar padang dan masuk ke bilik persalinan kerana pergaduhan tercetus antara penyokong lawan di Brazil memaksa permulaan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan tertangguh selama 27 minit di Stadium Maracana pada Rabu.
Superstar Argentina itu meminta peminat di tempat penonton bertenang sebelum menuju ke bilik persalinan. Penjaga gol, Dibu Martinez berlari ke salah satu rel di hadapan penyokong Argentina untuk meminta polis menghentikan keganasan.
Polis menggunakan belantan untuk meleraikan pergaduhan di kalangan orang ramai. Sebahagian tempat duduk dibaling dan terkena beberapa penonton di belakang pintu gawang.
Seorang peminat meninggalkan stadium berdarah di bahagian kepalanya.
Argentina memberitahu pegawai Brazil mereka hanya akan kembali ke padang selepas keadaan tenang. Mereka kembali selepas 22 minit di bilik persalinan, dan memanaskan badan selama beberapa minit sebelum permainan dimulakan.
Ketika perlawanan bermula, berpuluh-puluh polis mengepung penyokong Argentina sambil bersorak, malah lebih banyak anggota keselamatan yang diletakkan berhadapan mereka di atas padang. Polis berkumpul di sekitar bahagian yang boleh memuatkan kira-kira 3,000 peminat.
Kesemua 69,000 tiket untuk perlawanan di Rio de Janeiro telah dijual dan peminat Brazil, ada yang mengejek dan memuji Messi sebelum pergaduhan bermula, melaungkan suara menentangnya apabila dia kembali ke padang.
Pemain Brazil kekal di atas padang dan memanaskan badan sementara menunggu pasukan Argentina kembali.
Sebelum insiden itu, ramai peminat Brazil menonton sesi pemanasan badan bintang Argentina itu, dengan berpuluh-puluh kanak-kanak memakai jersi Messi dari kelabnya sebelum ini, Barcelona, dan Inter Miami.
Messi, yang mempunyai ramai peminat di Brazil bukan sahaja kerana kemahiran luar biasa di atas padang, tetapi juga kerana menghormati juara Piala Dunia lima kali itu.
Persaingan antara Brazil dan Argentina bermula di peringkat kelab dan berkembang selepas Argentina memenangi gelaran Piala Dunia pertama mereka pada tahun 1978. Brazil menewaskan Argentina 3-1 dalam peringlat kedua Piala Dunia 1982, dan Argentina membalas dengan 1- 0 kemenangan lapan tahun kemudian dalam pusingan 16.
Saingan kedua-dua negara sejak itu telah berlangsung sengit dalam kelayakan Piala Dunia dan Copa America, tetapi tidak dalam Piala Dunia.
🚨🇧🇷🇦🇷 Crazy scenes in the stands at Maracanã between Brazilian police and Argentina fans.
Full footage by @_igorrodrigues 🎥 pic.twitter.com/lF4uzyI8A9
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) November 22, 2023
Mereka dijangka berentap di separuh akhir tahun lalu di Qatar, tetapi Brazil disingkirkan Croatia pada suku akhir sebelum Argentina memenangi kejuaraan buat kali ketiga.
Pada 4 November lepas, kelab Fluminense dari Brazil memenangi perlawanan akhir Copa Libertadores di Stadium Maracana selepas seminggu pergaduhan jalanan antara beberapa penyokongnya dan penyokong Boca Juniors dari Argentina.