FOTO : KDA FC

SEPERTI kelaziman, Kelantan FC kekal sebagai pasukan ‘belasahan’ dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila tumbang lagi 1-6 berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Ahad.

Empat jaringan terhasil menerusi hatrik Ifedayo Olusegun pada babak pertama dan satu sumbangan Wan Amirul Afiq mengukuhkan kedudukan Sang Kenari walaupun beraksi atas padang yang becak serta kurang memuaskan dan berat selepas hujan.

Aksi itu juga memperlihatkan Nafuzi Zain melakukan perubahan taktikal buat Kedah di bahagian pertahanan, apabila Loqman Hakim Marzuki dan Akmal Md Zahir bergandingan di bahagian tengah buat pertama kali serta merehatkan Bojan Ciger.

Tuan rumah berjaya mendapatkan gol sagu hati Haziman Che Ngah m-73 yang memanfaatkan kelemahan benteng pertahanan pelawat. Namun, Ifedayo terus memahat nama m-80 menerusi satu chip dari kaki kiri menewaskan penjaga gawang, Muhammad Irfan Haikal Iffendi.

May be an image of 5 people, people playing American football, people playing football and text

Pemain pertahanan Kedah, Ariff Farhan Isa melengkapkan malam penuh derita Kelantan dengan gol keenam pada penghujung permainan.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan KDA FC hanya dibezakan dua mata di belakang Selangor FC yang mengutip 55 mata dalam perebutan posisi kedua liga untuk meraih slot AFC Liga Juara-Juara 2.

Ironinya, pertembungan kedua-dua pasukan di Alor Setar pada 2 Disember ini menjadi satu perlawanan termasyur untuk menentukan pasukan pilihan menjadi naib juara Liga Super menjelang perlawanan penutup Liga Super pada 16 dan 17 Disember nanti.

May be an image of 8 people, people playing football, people playing American football and text

Sementara itu, aksi di Cheras menyaksikan Kuala Lumpur City tiada masalah mencatat tiga mata penuh menumpaskan Kelantan United 3-0.

Matko Zirdum, Paulo Josue dan Kipre Tchetche masing-masing melakar gol setiap babak untuk memastikan mata ke-34 diraih dalam liga musim ini.

Perlawanan tadi juga merupakan penampilan terakhir Kevin Mendoza bersama The City Boys. Mendoza bakal bersama bekas jurulatihnya di KL City, Bojan Hodak yang kini melatih kelab Persib Bandung di saingan Liga Satu Indonesia.