SKUAD Kelantan United FC dan Jose Elmer Porteria telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal.

OJ Porteria yang menyertai Sang Kijang Hijau pada awal musim tempoh hari dilaporkan telah mendapat tawaran kontrak lebih baik bersama kelab lain.

Menurut kenyataan rasmi kelab, Kelantan United FC mencapai persetujuan bersama dengan penyerang antarabangsa Filipina itu untuk penamatan kontrak berkuat kuasa serta merta.

“Pihak pengurusan Kelantan United FC ingin mengucapkan terima kasih atas sumbangan OJ Porteria yang cukup besar dan segala dedikasinya dalam membantu kelab dan pasukan.

“Selamat maju jaya diucapkan bersama pasukan baru demi masa depan yang lebih baik dalam karier bola sepaknya,” tulis kenyataan itu.

Pemain berusia 29 tahun itu telah membuat 25 penampilan dan menjaringkan tujuh gol serta tiga bantuan gol dalam semua kejohanan buat Sang Kijang Hijau.

ARTIKEL BERKAITAN : KUFC sambar pemain kebangsaan Filipina