BINTANG Newscastle United, Nick Pope berpotensi untuk diketepikan sepanjang musim ini akibat kecederaan bahu yang dialaminya ketika menentang Manchester United.
Penjaga gol itu digantikan dalam kesakitan semasa kemenangan Toon 1-0 ke atas United pada Ahad.
Laporan dari The Telegraph menyatakan bahawa Pope mungkin memerlukan empat hingga lima bulan untuk pulih. Ini bermakna dia mungkin tidak boleh bermain lagi untuk Newscastle musim ini.
Hal ini juga menggugat peluangnya untuk tidak dipilih dalam pasukan England bagi EURO 2024 pada musim panas.
Selepas Pope mengalami kecederaan, Eddie Howe mengakui bahawa pemain berusia 31 tahun itu mungkin memerlukan pembedahan.
Pengurus itu juga mendedahkan bahawa kecederaan itu kelihatan seperti bahu terkehel, yang merupakan masalah yang pernah dialami penjaga gol itu sebelum ini.
Howe memberitahu TNT Sports: “Ia kelihatan tidak serius, tetapi begitulah keadaannya dan biasanya ini adalah kecederaan yang lebih serius. Kita boleh lihat dia dalam kesakitan.”
Pope akan digantikan oleh Martin Dubravka, dengan Loris Karius kini menjadi pilihan kedua.
Isu ini merupakan tamparan terbaru Newcastle dalam krisis kecederaan di St James’ Park.
Pope akan menyertai Callum Wilson, Sven Botman, Dan Burn, Harvey Barnes, Joe Willock, Sean Longstaff, Matt Targett, Jacob Murphy dan Elliott Anderson di bilik rawatan.
Newcastle akan bertandang ke Everton pada Khamis sebelum perlawanan besar dengan Spurs dan AC Milan.