MUNGKIN ramai tidak mengetahui Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang terletak di Perak antara padang yang terbaik di negara ini.
Malah, MPM pernah menerima pujian daripada jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak yang terkenal serta wakil Malaysian Football League (MFL).
Apa tidaknya, mereka sendiri berkenaan dengan kualiti padang yang bermutu tinggi dan kecanggihan sistem pengairan ketika hujan lebat semasa perlawanan bola sepak diadakan.
“Satu kebanggaan buat Majlis Perbandaran Manjung (MPM) kerana kami memiliki stadium dan padang yang mempunyai kualiti sebagai padang antara terbaik di Malaysia bagi lokasi perlawanan bola sepak.
“Kualiti padang ini sentiasa dijaga dan dipantau rapi dengan amalan sistem penyelenggaraan berjadual yang dilaksanakan oleh Unit Landskap, MPM,” menurut kenyataan Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPM.
Bagi memastikan kondisi dalam keadaan terbaik. terdapat dua kakitangan Unit Landskap yang komited dan berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang pemuliharaan rumput padang.
“Mereka ini memikul amanah menyelenggara padang stadium bagi memastikan kualiti rumput sentiasa sihat, tahan lasak dan memenuhi spesifikasi padang untuk Malaysian Football League (MFL).
“Semoga usaha pemeliharaan kualiti padang dan fasiliti Stadium Manjung ini melonjakkan lagi nama baik Daerah Manjung dalam persada sukan bola sepak tanah air,” katanya.
Manjung City FC dari Liga M3 antara yang pernah menggunakan venue itu sebelum ini,