BEKAS bintang Manchester United, Anderson kelihatan hampir tidak dikenali hanya empat tahun selepas mengumumkan persaraannya daripada dunia bola sepak.

Anderson sebelum ini menyertai United dari Porto pada tahun 2007 dan membantu Red Devils memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara dalam penampilan sulungnya.

Penampilannya musim itu juga membawanya kepada kemenangan Anugerah Golden Boy yang berprestij dan dia akhirnya menghabiskan tujuh tahun setengah di Old Trafford.

Dalam tempoh tu, Anderson turut menjuarai tiga lagi gelaran Liga Perdana sebelum kembali ke negara asalnya, Brazil bersama Internacional pada 2015.

Dia turut menghabiskan masa di Coritiba dan Adana Demirspo sebelum pemain tengah itu mengumumkan persaraanya pada 2019 ketika berusia 31 tahun.

Anderson kelihatan menikmati persaraannya setelah memotong gaya rambut lamanya, dreadlocks pendek.

Walaupun memenangi empat gelaran liga dan trofi Liga Juara-Juara semasa di United, mereka yang pernah bekerjasama dengan Anderson percaya bahawa dia berpotensi mempunyai kerjaya yang lebih baik sekiranya dia bukan “hantu parti” yang “tidak peduli tentang apa-apa.”

“Dia boleh menjadi pemain terbaik di dunia pada satu tahap nanti, saya berjanji bahawa dia boleh melakukannya,” kata bekas penjaga gol United, Ben Foster kepada podcast UTD tahun lalu.

“Semua orang akan mengatakan bahawa dia boleh menjadi yang terbaik di dunia kelak.”