BINTANG Nottingham Forest, Joe Worrall dan Scott McKenna dilaporkan telah dibuang daripada latihan.
Kedua-dua pemain pertahanan tersebut dipercayai telah diarahkan untuk berlatih di padang yang berbeza daripada pasukan pertama.
Daily Mail melaporkan bahawa mereka diminta untuk tiba ke sesi latihan pada waktu yang berbeza daripada rakan sepasukan mereka.
Laporan itu mencadangkan bahawa Worrall, 26, dan McKenna, 27, telah “dibuang” dari pasukan pertama.
Walau bagaimanapun, laporan itu menegaskan bahawa keputusan itu tiada kaitan dengan sebarang masalah tingkah laku atau pergaduhan.
The Telegraph mendakwa bahawa Worrall telah keluar dari sesi latihan selama tiga minggu yang lalu.
Mereka menyatakan bahawa McKenna sedang berlatih dengan “kumpulan kecil”. Mereka menambah bahawa perselisihan itu berlaku disebabkan oleh kontrak dan ejen.
Media SunSport difahamkan telah menghubungi kelab East Midlands untuk mendapatkan komen berkenaan kejadian itu.
Mereka berdua telah diketepikan daripada skuad yang ditewaskan 5-0 oleh Fulham pada Khamis, dan pengurus Steve Cooper telah memilih pasangan pertahanan Murillo dan Felipe.
Worrall dan McKenn merupakan pemain utama dalam kelayakan Nottingham Forest ke Liga Perdana pada 2022. Musim ini, mereka telah kehilangan tempat mereka kerana hanya membuat 11 penampilan di liga.
Dengan “pengusiran” mereka dari latihan yang dilaporkan itu, mereka mungkin mencari jalan untuk keluar dari City Ground pada Januari depan.
Terdahulu, Worrall pernah meninggalkan Forest apabila dia menghabiskan setahun sebagai pinjaman di Rangers FC.
Kekalahan kepada Fulham telah menyaksikan Forest jatuh ke tempat ke-16 di liga, walaupun membuat permulaan yang memberangsangkan pada musim ini. Setakat ini kelab itu hanya memenangi satu dari 11 perlawanan terakhir.