RUSUHAN oleh kumpulan pengacau bola sepak di Serbia yang menyerang peminat pihak lawan dengan kayu menjelang pertembungan Liga Juara-Juara awal pagi tadi telah dirakam kamera.

Video mengejutkan itu menunjukkan sekitar 30 samseng Red Star Belgrade menyerbu ke sebuah bar yang penuh dengan peminat Manchester City dan memukul mereka di bahagian kepala dan badan dalam satu serangan kejam.

Menurut saksi di kawasan sekitar pada masa itu, kira-kira 20 penyokong Man City yang telah pergi ke Serbia untuk perlawanan telah terperangkap dalam pergaduhan besar yang berlaku.

Polis Serbia menghabiskan malam untuk mencari kumpulan bertopeng yang bertanggungjawab atas serangan itu dan masih menjaga kawasan bagi mengelakkan pergaduhan sebelum perlawanan bermula awal pagi tadi.

Peminat Manchester City dan Red Star Belgrade bertempur di luar sebuah bar di Serbia.

Polis rusuhan kini telah bersiap sedia di ibu negara Serbia menjelang pertembungan sengit Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Ramai penyokong yang dipercayai lelaki muda terlibat dalam klip di X, memakai topeng muka untuk menyembunyikan identiti mereka ketika memulakan serangan dengan memukul bersejatakan kayu.

Video yang diambil dari dalam bar menunjukkan peminat Red Star memukul kaca dan memberi isyarat kepada mereka yang berada di dalam bar untuk keluar dan berlawan dengan mereka.

Beberapa penyokong Man City kemudian dilihat berlawan dengan kumpulan pengacau itu tetapi dipukul oleh beberapa lelaki menggunakan kayu.

Dalam klip lain yang tersebar di media sosial, sekumpulan individu dilihat melarikan diri dari bar itu ke arah berlawanan sebelum video menunjukkan tiga buah kereta polis tiba ke lokasi kejadian.

Kekacauan itu turut dirakam oleh kamera keselamatan tempat itu. Polis pencegah rusuhan telah ditempatkan di sekitar stadium menjelang pertembungan yang dijangka sengit bagi mengelakkan pergaduhan.

Penyokong City membincangkan insiden itu secara dalam talian sejak serangan tersebut berlaku.

Terdahulu, pasukan City telah menewaskan RB Leipzig, Young Boys dan Red Star Belgrade tahun ini selepas memenangi setiap perlawanan dengan mudah.

Red Star sebaliknya mengalami kempen yang teruk dengan hanya memenangi satu mata dalam lima perlawanan.