FLUMINENSE layak ke final Piala Dunia Kelab 2023 setelah mengalahkan Al Ahly 2-0 di Stadium King Abdullah Sports City, awal pagi Selasa.
Fluminense merupakan kelab dari Brazil yang berjaya menjuarai Copa Libertadores 2023. Manakala Al Ahly pula merupakan kelab Mesir yang memenangi Liga Juara-Juara Afrika 2022/2023.
Selepas bermain seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Fluminense berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-71 hasil sepakan penalti Jhon Arias.
Arias memanfaatkan sepakan penalti dengan rembatan kaki kanan yang masuk ke sudut kiri bawah tanpa dapat disekat oleh penjaga gol Mohamed El Shenawy.
Kelab Brazil itu berjaya melebarkan jaringan menerusi jaringan lewat John Kennedy pada minit ke-90. Bantuan diberikan oleh Martinelli.
Will it be Man City or Urawa Red Diamonds who meets Fluminense in the #ClubWC Final? 🔴🔵
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 18, 2023
Kemenangan ini membawa Fluminense ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab menanti pemenang antara Urawa Reds atau Manchester City di final.
Man City, yang muncul sebagai juara Liga Juara-Juara Eropah, sememangnya pilihan untuk memenangi perlawanan ke atas wakil Jepun, Urawa Reds.
Pertembungan Urawa Reds dan Man City akan diadakan di lokasi yang sama, awal pagi Rabu.
Sementara itu, final Piala Dunia Kelab 2023 akan berlangsung di Stadium King Abdullah Jumaat ini.