PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menghadiri Sidang Kemuncak Bola Sepak FIFA dan mesyuarat exco AFC ke-3 Jeddah, Arab Saudi.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa eksekutif AFC berkata, jawatankuasa itu meluluskan pembentukan Pasukan Petugas Pembaharuan AFC untuk tadbir urus yang baik.

“Bagi saya, pertemuan dan mesyuarat ini mampu mengeratkan hubungan persaudaraan bola sepak Asia dan dunia kerana ia diadakan di Jeddah bersempena dengan Piala Kelab Dunia FIFA dan Sidang Kemuncak Bola Sepak FIFA,” kata Hamidin di Facebook rasmi FAM.

Terdahulu, Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA menghadiri mesyuarat majlis FIFA pada Ahad, juga di Jeddah.