PEMBELIAN £58 juta (RM340.7 juta) Chelsea, Romeo Lavia tercedera di paha dalam penampilan sulung kelabnya menentang Crystal Palace awal pagi semalam, selepas empat bulan diketepikan kerana kecederaan buku lali.
Lavia bermain dalam 32 minit kemenangan 2-1 Chelsea menentang The Eagles di Stamford Bridge selepas menunggu lama untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan, mengalami kecederaan sejak tiba dari Southampton pada musim panas.
Ia sepatutnya menjadi satu detik indah buat Lavia selepas akhirnya mendapat peluang untuk beraksi bagi Chelsea apabila menggantikan Ian Maatsen sebelum masa satu jam perlawanan.
Namun, ia berubah menjadi mimpi ngeri apabila berita dia mengalami kecederaan selepas meninggalkan padang.
Jurulatih, Mauricio Pochettino, tidak meredakan kebimbangan untuk pemain muda berusia 19 tahun itu selepas dia kelihatan menuju ke bilik persalinan dalam keadaan tidak selesa, dan meluahkan: “Saya agak risau tentang Lavia. Dia berakhir dengan beberapa isu, tetapi saya harap ia bukan isu besar.”
Lavia telah bekerja keras selepas baru-baru ini kembali ke latihan, meningkatkan barisan Chelsea selepas pemain baru didatangani, Christopher Nkunku juga kembali pulih dan bermain perlawanan pertamanya.
Namun selepas kejadian terbaru ini, Lavia pasti berharap tidak diketepikan untuk tempoh yang lama selepas Pochettino sebelum ini memberi amaran bahawa dia masih mempunyai kerja yang perlu dilakukan untuk mendapat tempat di pasukan dan pulih sepenuhnya.
Bercakap menjelang kemenangan Palace, jurulatih Argentina itu berkata: “Lavia sama seperti Nkunku. Selepas hampir enam bulan, mungkin dia akan terlibat bersama pasukan. Dia melakukan dengan baik tetapi dia masih perlu masa untuk mendapatkan bentuk terbaiknya.”
“Apa yang saya ingin jelaskan ialah semua pemain, selepas tempoh lama keluar dari perlawanan, mereka terdesak untuk terlibat. Mereka boleh terlibat tetapi dengan cara bagaimana, pada tahap apa?” ujarnya.
“Sangat mudah untuk mengatakan bahawa anda mahu bermain. Selepas enam bulan, mereka perlu faham bahawa mereka perlu terlibat dan berlatih dengan keras setiap hari. Mereka perlu memberi kesan setiap kali mereka masuk ke padang.”
“Jika dia tidak bermain, itu bukan kerana kami tidak mempercayainya (pada Lavia), ini kerana terlalu banyak pemain lain berlatih selama enam bulan… lebih bersedia daripadanya. Kelab ini kecewa selepas pelaburan besar. Siapa yang menderita untuk jurulatih dan kelab? Kita perlu mendapatkan keseimbangan yang betul,” tambahnya.
Nasib baik menyebelahi Pochettino, pasukannya yang merupakan pasukan termuda Chelsea yang pernah dinamakan di Liga Perdana menamatkan tugas menentang pasukan Roy Hodgson dengan gol pembukaan Mykhailo Mudryk, sebelum gol penyamaan oleh Michael Olise pada separuh masa.
Dengan kesuntukan masa, The Blues hampir menghadapi keputusan yang mengecewakan sebelum Noni Madueke menjaringkan gol penalti.