PASUKAN Esports Selangor muncul selaku juara keseluruhan Kejohanan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia musim pertama pada kejohanan yang berakhir pada Ahad.

Kejohanan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia 2023 merupakan sebuah program yang julung kalinya diadakan bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada semua peserta yang telah terlibat di dalam program Jelajah Juara Esports Malaysia yang diadakan sebelum ini untuk merasai suasana kejohanan esports yang bertaraf kebangsaan.

Kejohanan Liga Jelajah Juara Esports Malaysia 2023 adalah komponen fasa kedua bagi program Jelajah Juara Esports 2023 yang telah dianjurkan diseluruh negara sepanjang bulan November dan Disember yang lalu.

Kejohanan tersebut disertai oleh pasukan-pasukan Mobile Lagend Bang Bang (MLBB) dari 16 buah negeri dan wilayah persekutuan dan berlangsung di Dewan Banquet Casa 4, MSN dari 25 hingga 30 Disember 2023 lepas.

Menurut Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur kejohanan, Mohd Syazwan Mohd Hanafie gembira kerana acara ini telah berjaya mencapai objektif yang diharapkan dalam usaha untuk melahirkan bakat baru yang bakal menjadi pemain-pemain esports berprofesional satu masa nanti dan juga akan mewakili negara dalam temasya sukan esports di peringkat antarabangsa.

“Alhamdulillah kita telah selesai kejohanan ini yang mana saya merasakan ianya telah berjaya mencapai objektif yang diharapkan dalam usaha kita untuk melahirkan juara baru yang bakal menjadi pemain-pemain esports profesional satu masa nanti.

“Kejohanan Jelajah Juara Esports Malaysia ini merupakan kejohanan yang julung kalinya di adakan yang melibatkan 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan. Pemain-pemain yang terlibat berumur 17 tahun ke bawah dan dipilih sendiri bagi mewakili persatuan-persatuan esports negeri masing-masing,” ujarnya.