BEKAS pemain wanita nombor satu dunia, Naomi Osaka kembali dengan kemenangan selepas lebih setahun meninggalkan dunia tenis kerana memberi tumpuan kepada kesihatan mentalnya, dan bergelar sebagai seorang ibu, Julai tahun lalu.

Juara empat kali Grand Slam itu kembali meraih kemenangan apabila menewaskan pemain Jerman, Tamara Korpatch 6-3, 7-6 (11-9) pada pusingan pertama kejohanan Antarbangsa Brisbane.

Naomi yang menyertai kejohanan terakhir Terbuka Pan Pasifik di Jepun pada 2022, menyertai kejohanan terbabit sebagai juara bertahan sebelum menarik diri gara-gara kesakitan di bahagian perut.

Naomi Osaka kembali selepas 15 bulan tak beraksi, dengan kemenangan. |Pix Agensi

Dia, pada awalnya dijangka kembali bersaing pada kejohanan yang dimenanginya dua kali, iaitu Terbuka Australia 2023, namun terpaksa menarik diri selepas mengumumkan mengandung.

Selepas tidak beraksi selama 15 bulan, pemain kelahiran Jepun itu tidak diletakkan selaku pilihan, menang 36 permainan meskipun melakukan 21 unforced error ketika menentang Korpatsch.

“Selepas beberapa tahun tak bermain kerana melahirkan anak, saya tidak pernah melakukan permulaan sebegini dan saya mahu membuka buku baharu.

“Saya sangat menghargai orang ramai yang datang dan menyokong saya,” kata Naomi.