PEMAIN tengah veteran Korea Selatan, Lee Jae-sung akui menerima sepenuhnya tekanan yang akan mengiringi usaha pasukannya untuk merebut trofi yang penuh sukar dan berliku.

“Saya suka perkataan ‘cabaran’ dan ini telah berlangsung selama 64 tahun. Kami benar-benar akan membawa pulang trofi kejuaraan,” kata pemain tengah Mainz 05 itu.

Mengulas lanjut, Lee, 31, berkata harapan yang tinggi daripada peminat tidak akan menjadi isu perdebatan untuk skuad Taegeuk Warriors selepas memenangi pingat kejuaraan kejohanan itu pada tahun 1956 dan 1960.

Menampilkan beberapa bintang handalan yang bersinar di liga utama Eropah, penyertaan edisi Korea ini dianggap sebagai pasukan paling berbakat untuk negara itu sejak beberapa tahun.

“Kami didorong dan diilhamkan oleh sokongan peminat kami. Ia tidak memberi tekanan kepada kami.

“Kami fikir memiliki peluang besar untuk menjulang trofi Piala Asia. Kami akan cuba untuk yakin, tetapi tidak sombong, dan melihat untuk memenangi setiap perlawanan untuk memenangi kejohanan itu,” katanya.

Korea diletakkan bersama Bahrain, Jordan dan Malaysia dilabel pasukan pilihan muncul juara Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 dan mara ke Pusingan 16.