HANYA 14 pemain daripada 26 pemain yang beraksi dalam Piala Dunia Fifa Qatar 2022 kekal dalam skuad Piala Asia Jepun 2023.
Namun Ketua Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu yakin rekod kejuaraan kali kelima mampu dicapai.
Skuad negara Matahari Terbit itu kehilangan beberapa nama besar tetapi Moriyasu mendedahkan dia telah mengumpul pemain terbaik untuk menang.
“Saya pernah berkata dan berpeluang untuk memenangi Piala Asia selepas menetapkan sasaran jangka pendek dan pertengahan kami, serta sasaran jangka panjang iaitu Piala Dunia 2026.
“Tiada lawan yang mudah dan tiada kejohanan yang mudah, jadi tiada apa yang berubah dari yang dahulu hingga kini. Perbezaannya ialah saya merasai kekecewaan yang berterusan kerana kehilangan gelaran kali terakhir dan juga keinginan untuk mencapai keputusan di Asia kerana kami telah menetapkan sasaran tinggi untuk menang di pentas duniam,” katanya.
🔹𝗦𝗔𝗠𝗨𝗥𝗔𝗜 𝗕𝗟𝗨𝗘🔹
アジアカップ開催の地カタールに到着🇶🇦#谷口彰悟 #上田綺世#Hublot @Hublot_Japan#dunhill @alfreddunhill#GlobeTrotter1897 @globe_trotterUK
🏆AFC アジアカップ カタール 2023
⚔️グループステージ第1節
🗓1.14(日) ⌚️20:30(🇯🇵)
🆚ベトナム代表🇻🇳
🏟️Al Thumama… pic.twitter.com/xJF7iOsJ0I— サッカー日本代表 🇯🇵 (@jfa_samuraiblue) January 5, 2024
Skuad akhir Jepun telah dimuktamadkan selepas kemenangan 5-0 pada perlawanan persahabatan di tempat sendiri ke atas Thailand, dan pengumuman itu menjelaskan betapa sukarnya persaingan untuk mendapatkan tempat.
Dalam pada itu, ketiadaan Daichi Kamada Lazio dan Kyogo Furuhashi Celtic bukanlah masalah buat Moriyasu, ini disebabkan kedua-duanya tidak mencapai tahap terbaik mereka musim ini.
Namun jika dahulu, ianya mungkin tidak masuk akal untuk pemain berstatus kontrak dan pemain yang menandatangani kelab berprestij seperti itu tidak dipangg
Namun apa yang lebih mengejutkan dengan ketiadaan Ao Tanaka apabila sebelum ini dia telah berada dalam pasukan sejak diperkenalkan dan membantu mengubah nasib Moriyasu semasa kelayakan Piala Dunia 2022, dengan kemenangan yang tidak dapat dilupakannya ketika menentang Sepanyol ketika aksi Piala Dunia di Qatar tahun lalu.
“Ramai pemain Jepun mengasah kemahiran mereka untuk bermain diperingkat antarabangsa ianya juga persaingan sengit di kalangan pemain.
“Saya cuba melihat mereka secara neutral yang boleh, dan boleh dikatakan kami mempunyai ramai pemain hebat” .Kami mempunyai sekumpulan pemain yang boleh bermain pada tahap yang tinggi walaupun tidak ditempatkan,” tambahnya.
Jepun akan membuka kempen Kumpulan D menentang Vietnam pada Ahad dengan perlawanan menentang Iraq (19 Januari) dan Indonesia (24 Januari).
Sebagai rekod, kali terakhir Jepun merangkul trofi juara Piala Asia adalah pada tahun 2011, juga di Qatar.