JUARA bertahan, Qatar memberi amaran kepada pesaing apabila bermula langkah kanan menumpaskan Lubnan 3-0, dalam aksi pembukaan Piala Asia 2023 di Stadium Lusail, Doha sebentar tadi.

Aura Lionel Messi yang menjulang Piala Dunia Fifa 2022 bersama Argentina di venue sama bagaikan meresapi semangat pemain Qatar untuk tampil cemerlang sepanjang perlawanan.

Akram Afif merembat kencang dengan kaki kanannya dalam kawasan lawan dan menjaringkan gol pertama pada babak pertama sebelum kembali menambah jaringan di masa kecederaan babak kedua.

Penguasaan bola Qatar lebih baik, bermain menyerap tekanan dan berjaya mencipta sekurang-kurangnya tiga serangan berbahaya.

Almoez Ali menggandakan jaringan tuan rumah m-56 selepas menanduk cantik ke gawang Lubnan hasil hantaran dari bahagian sayap kiri untuk menceriakan kehadiran 82,490 penonton yang memenuhi stadium.

Esok, China dan Tajikistan akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Kumpulan A di Stadium Abdullah bin Khalifa.