JUARA empat kali, Jepun memulakan pemburuan kejuaraan Piala Asia 2023 penuh yakin selepas mengalahkan Vietnam 4-2 di Stadium Al Thumama pada Ahad.
Perlawanan Kumpulan D berlangsung di Stadium Al Thumama ketika Jepun kembali beraksi di Qatar selepas mempamerkan aksi luar biasa di Piala Dunia FIFA, mara ke Pusingan 16 meraih kemenangan menakjubkan ke atas gergasi Eropah, Jerman dan Sepanyol di peringkat kumpulan.
Takumi Minamino menjaringkan gol pembukaan Samurai Biru m-11, namun kegembiraan itu tak lama apabila tandukan Nguyen Dinh Bac berjaya menyamakan kedudukan lima minit berselang.
Gawang Jepun bolos lagi, Pham Tuan Hai memimpin Vietnam menjadikan kedudukan 2-1. Tapi dua gol pantas Jepun, Minamino dan Keito Nakamura pada penghujung babak pertama mengubah senario permainan sebaik bersambung ke-45 minit berikutnya.
Ayase Ueda menamatkan sisa kebangkitan Golden Star Warriors menerusi jaringan cantik m-85.
Skuad bimbingan Hajime Moriyasu itu kini sedang memburu mahkota kelima Asia, terlepas peluang untuk mencapai kejayaan itu pada 2019 apabila ditewaskan Qatar 1-3 pada perlawanan akhir.