ATLET memanah ‘barebow’ negara, Nor Idzuwan Mohammad, terpilih untuk beraksi di Kejohanan Memanah Nimes, Perancis bermula 19 hinga 21 Januari 2024.
Nor Idzuwan berangkat ke Perancis dua hari lalu dan merupakan penyertaan pertamanya di peringkat antarabangsa sekali gus merupakan atlet barebow pertama dihantar ke ‘Indoor World Series’ di bawah Persatuan Memanah Kebangsaan.
Kejohanan Memanah Nimes merupakan acara yang dianjurkan oleh badan memanah dunia, ‘World Archery’ dan siri Nimes ini adalah satu-satunya kejohanan yang menyelitkan kategori barebow untuk musim 2023-24.
Penyertaan Idzuwan ke kejohanan di Perancis sekali gus dapat mempromosikan kategori barebow di peringkat Asia dan menjadi isyarat kepada komuniti Eropah bahawa barebow sedang berkembang di Malaysia.
Berdasarkan prestasi Idzuwan yang kini berada di landasan terbaik, tidak mustahil untuk dirinya berjaya mencipta kejutan walaupun akan berhadapan dengan pemanah-pemanah handalan dari Eropah.