SORAKAN padu ekor Harimau Malaya, Ultras Malaya bakal menggegar Stadium Jassim Bin Hamad menjelang aksi hidup dan mati Malaysia menentang Bahrain petang ini.
Ia selepas difahamkan gendang yang digunakan oleh kumpulan penyokong tegar pasukan negara, Ultras Malaya dibenarkan untuk di bawa masuk ke venue itu.
Perkhabaran itu sememangnya melegakan bagi menyemarakkan semangat pemain negara ketika beraksi nanti.
Paluan gendang diiringi nyanyian dan chant daripada diketuai Capo Ultras Malaya, Lekir sudah tentu menghadirkan suasana gamat sekali gus menghadirkan gerun buat lawan.
Terdahulu, ketika aksi pertama Kumpulan E berdepan Jordan Selasa lepas, alatan gendang UM tidak dibenarkan untuk di bawa masuk ke Stadium Al Janoub.
Dalam aksi itu, pasukan Harimau Malaya pimpin Kim Pan-gon bermula tewas besar 0-4.