PEMAIN Iraq Aymen Hussein menjaringkan dua gol ketika aksi menewaskan Vietnam 3-2 dalam Kumpulan D Piala Asia 2023 selepas dimasukkan dari bangku simpanan pada Rabu.
Kemenangan itu bermakna Iraq mengungguli kumpulan dengan sembilan mata dengan Vietnam mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan itu selepas tiga kekalahan berturut-turut. Jepun berada di tempat kedua selepas menang 3-1 ke atas Indonesia.
Dengan tempat di peringkat kalah mati sudah dipastikan, ketua jurulatih Iraq, Jesus Casas menurunkan kesebelasan utama yang berbeza sepenuhnya, kecuali pemain pertahanan Rebin Solaka.
Vietnam mendahului pada minit ke-17 apabila percubaan pertahanan Iraq, Zaid Tahseen untuk menghalang hantaran lintang Vo Minh Trong secara tidak sengaja menyebabkan bola masuk ke gawangnya sendiri tetapi hasil pemeriksaan VAR menyaksikan kedudukan kedudukan kembali 0-0. Bagaimanapun, Golden Star Warriors memecah kebuntuan pada minit ke-40 apabila Bui Hoang Viet Anh yang tidak dikawal membuat sepakan voli sempurna ke gawang Iraq, hasil sepakan percuma penyerang Khuat Van Khang.
Vietnam, bagaimanapun, menerima hukuman sebelum separuh masa berakhir apabila Khuat Van Khang dilayangkan kad kuning kedua.
Bertekad mengambil kesempatan daripada situasi itu, Iraq memulakan separuh masa kedua dengan memasukkan penyerang Ali Jasim dan Aymen Hussein menggantikan Bashar Rasan dan Ahmed Abas.
Juara Piala Asia AFC 2007 itu mendapat peluang terbaik apabila Jasim tidak membuang masa membantu Lions of Mesopotamia kembali ke dalam permainan apabila sepakan sudut dua minit separuh masa kedua ditanduk masuk ke gawang Vietnam oleh Solaka, menjadikan gol pertamanya diperingkat antarabangsa.
Selepas gol penyamaan, Iraq terus memberikan tekanan dan mendapat gol kedua pada minit ke-72 apabila Husein menerima hantaran lintang cantik Jasim dan dengan sempurna menanduk bola melepasi penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen untuk gol keempat peribadi.
Berbaki kurang 10 minit, Iraq mempunyai satu lagi peluang keemasan untuk mendahului apabila terjahan Bui Hoang Viet Anh menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukannya tetapi sepakan Hussein dinafikan tiang gol.
Bagaimanapun, Vietnam kembali menyeimbangkan perlawanan menerusi pemain gantian Ngyuen Quang Hai pada minit pertama masa kecederaan namun penalti minit akhir menyaksikan Hussein menjaringkan gol kemenangan Iraq.