ARKITEK tengah kebangsaan, Brendan Gan akui mengidam ingin menyarung jersi Harimau Malaya semula selepas penampilan pertama di pusingan akhir Piala Asia 2023 dalam aksi menentang Korea Selatan.

Brendan, 35, antara sebahagian barisan skuad Malaysia yang mencalar reputasi besar Korea Selatan dalam pertemuan terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub, Doha apabila berjaya meraih mata pertama, Khamis lepas.

Brendan sebelum ini tidak diturunkan dalam dua aksi awal sebelum ini ketika Harimau Malaya tewas kepada Jordan 0-4 dan Bahrain (0-1).

May be an image of 3 people, people playing football, people playing American football and text

Kesebelasan utama Harimau Malaya, Brendan (berdiri, tiga kiri) ketika menentang Korea Selatan.

 

“Impian itu berkembang setiap minit setiap hari sejak menyaksikan skuad ini layak ke Piala Asia di Bukit Jalil. Pertama adalah impian untuk terus hidup

“Kedua ialah untuk kembali ke padang untuk kelab dan kemudian beraksi dengan cukup baik untuk mencapai langkah seterusnya.

“Langkah seterusnya ialah memakai warna Harimau Malaya semula,” kata pemain kelahiran Sutherland Shire, Australia itu.

Jelasnya lagi, dapat menyertai kumpulan hebat yang terdiri daripada 26 orang untuk bertempur di pentas terbesar Asia adalah satu penghormatan besar buat dirinya.

“Ini hanya peringatan… Setiap orang menghadapi pertempuran mereka sendiri, besar dan kecil…. Ketekunan dalam impian anda adalah kunci,” katanya telah mengumpul 35 kaps sejak penampilan sulung pada 24 Mac 2016.

May be an image of american football, football, crowd and text

Untuk rekod, skuad negara berjaya memperbaiki pencapaian berbanding edisi 2007 di laman sendiri selepas berjaya mengutip sekurang-kurangnya satu mata dan menghasilkan tiga gol sepanjang kempen di Doha.

Anak buah Kim Pan-gon dijangka terlibat dua saingan persahabatan penting dalam dan luar negara pada bulan depan bagi menghadapi baki saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 pada Mac.

Pada aksi kelayakan tersebut, Malaysia dijadualkan bertemu Oman pada 21 Mac 2024 di Muscat dan 26 Mac 2024 di Kuala Lumpur.