PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) telah membuat keputusan untuk berpisah dengan ketua jurulatih skuad lelaki kebangsaan, Takayuki Nishigaya berkuat kuasa serta merta selepas melakukan pertimbangan yang munasabah.
Prestasi semasa dan keputusan skuad kebangsaan yang berada di bawah jangkaan membuatkan FAS mengambil tindakan ini dan pengendali baharu akan diumumkan untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Singapura.
Perkara ini disahkan menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh FAS di laman sesawang yang turut dimuatnaik di semua platform media sosial rasmi persatuan.
The FAS has parted ways with Men's National Team Head Coach Takayuki Nishigaya.
Click here for the full statement ➡️ https://t.co/rai1yQGWNT pic.twitter.com/JsQmtifP0K
— FAS (@FASingapore) January 29, 2024
Menerusi kenyataan media itu juga, FAS mengucapkan terima kasih kepada Nishigaya sepanjang bertugas di Singapura dan mengucapkan selamat maju jaya buat pengendali berusia 50 tahun itu.
Singapura menampilkan aksi yang tidak memuaskan sejak Nishigaya mengambil alih pasukan pada April 2022 dengan gagal layak ke Piala Asia 2023 selepas tewas kepada Republik Krygyz serta Tajikistan dan hanya mampu menang keatas Myanmar.
Dia juga gagal di peringkat Asia Tenggara apabila tersingkir di peringkat kumpulan meskipun mencatatkan kemenangan ke atas Laos dan Myanmar serta seri dengan Vietnam sebelum dihantar pulang oleh Malaysia dengan kekalahan besar 4-1.
FAS akan mengumumkan pengendali baharu dalam tempoh terdekat.