PENGADIL Malaysia, Nazmi Nasaruddin bersama dua lagi pembantu pengadil telah dipilih untuk mengendalikan aksi Pusingan 16 antara Uzbekistan dan Thailand di Stadium Al Janoub, Qatar pada Selasa.
Trio pengadil Malaysia ini akan dibantu Ahmed Abu Bakar Al Kef dari Oman sebagai pengadil keempat manakala Omar Mohammed akan mengetuai pengadil Video Bantuan Pengadil (VAR).
Thailand akan membuat penampilan kedua berturut-turut di pusingan 16 terbaik Piala Asia bakal menjadi pasukan tunggal dari Asia Tenggara sekiranya layak selepas Indonesia tersingkir di tangan Australia pada Ahad.
Uzbekistan pula mengintai slot ke suku akhir keempat mereka di Piala Asia dan kini dalam keadaan terbaik selepas menduduki tangga kedua di belakang Australia dalam Kumpulan B.
Pemenang perlawanan ini akan menanti pemenang antara Qatar dan Palestin yang beraksi dalam satu lagi perlawanan Pusingan 16 di Stadium Al Bayt.
Sebelum ini trio pengadil Malaysia ini ditugaskan mengadili perlawanan Kumpulan D antara Iraq dan Vietnam yang menyaksikan keputusan 3-2 memihak Iraq dengan satu layangan kad merah diberikan kepada pemain Vietnam.