JOSE Mourinho dilaporkan bersedia untuk kembali melatih Manchester United bagi menggantikan Erik Ten Hag selepas dipecat oleh AS Roma.

Berita ini didedahkan oleh sumber yang merupakan rakan karib Jose Mourinho.

“Cita-citanya adalah untuk kembali ke (Manchester) United,” kata sumber yang dipetik Talk Sport.

Rakan rapat The Special One berkata, punca Mourinho mahu kembali ke MU adalah kerana ada urusan yang belum selesai dalam pasukan Red Devils.

“Dia berasa seperti dia mempunyai urusan yang belum selesai di sana (MU) selepas ia tamat kali terakhir dan dia telah menjadikan misinya untuk kembali,” kata sumber itu.

Mourinho mengendalikan Manchester United dari musim 2016 hingga 2018. Pada musim pertamanya, Mourinho berjaya membawa MU memenangi Liga Europa dan Piala Liga Inggeris.

Kemudian pada tahun berikutnya, Mourinho dapat membawa MU menamatkan saingan di tempat kedua Liga Perdana Inggeris.

Mourinho kemudiannya dipecat pada Disember 2018 atau pada pertengahan musim ketiganya di MU.

Image

Selepas itu, Mourinho masih diminati untuk melatih pasukan terkemuka Eropah. Mourinho menguruskan Tottenham Hotspur pada 2019-2021.

Kemudian The Special One menjadi jurulatih AS Roma pada 2021 kemudian dipecat pada 16 Januari 2024 berikutan keputusan buruk yang terus diperoleh Giallorossi musim ini.