URA-URA awal mendedahkan aksi separuh akhir Piala Asia 2023 antara tuan rumah, Qatar dan Iran akan bertukar gelanggang yang lebih besar.
Perlawanan asal sepatutnya diadakan di Stadium Al Thumama, yang mempunyai kapasiti sekitar 44,000 tempat duduk,dicadangkan berpindah ke Stadium Al Bayt yang lebih besar, yang boleh menampung sekurang-kurangnya 68,000 peminat, menurut laporan oleh Qatar Football Live (QFL).
Tindakan itu dibuat sebagai cerminan peningkatan daya tarikan orang ramai kepada pasukan kebangsaan Qatar semasa kejohanan ini. Bukan itu sahaja, Maroons kekal rekod tidak tewas di atas padang, dan mereka juga menang di tempat sendiri.
🆕 ✍ @AhmedH_93 writes about the reported attempt to change the venue for Qatar x Iran to Al Bayt, as a reflection of the increased interest of the Qatari public in the national team during the course of this tournament. #AsianCup2023 https://t.co/DA402BaHPh
— Qatar Football Live (@QFootLive) February 5, 2024
Hingga kini, masih belum ada sebarang komen rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Qatar atau Jawatankuasa Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Namun, Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran secara rasmi menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan Qatar untuk menukar tempat perlawanan separuh akhir Piala Asia AFC.
🔶 #Iran rejects Qatar's proposal for venue change at AFC Asian Cup semifinals
📌The Football Federation of the Islamic Republic of Iran has officially expressed its disagreement with a proposal by Qatar for changing the venue of an AFC Asian Cup semifinal match pic.twitter.com/AKBoqVkl4E
— Gazi Tahir (@GaziTahir72) February 5, 2024