TUNKU Abdul Rahman Hassanal Jefri berjaya memacu pasukan Triple Eight Johor Motorsports Racing (JMR) dalam menjuarai perlumbaan keempat Kejuaraan Asian Le Mans Series di Yas Marina, Abu Dhabi pada Sabtu.
Hasrat Tunku Panglima Johor itu untuk membuka tirai perlumbaan musim 2024 dengan cemerlang akhirnya tercapai dan membuka jalan untuknya mara ke Asian Le Mans Series 24h.
Ketangkasan dan kecekapan beliau serta pasukannya untuk memenangi keseluruhan perlumbaan keempat itu sekali gus telah memberi kehampaan buat 22 saingannya yang lain dalam kategori GT3.
Sementara itu, tidak dilupakan bahawa JMR turut diwakili oleh tiga pelumba lain, dua antaranya dari Australia, Broc Feeney, Jordan Love dan seorang lagi pelumba handal dari Jerman, Luca Stolz.
Usaha pasukan Triple Eight tidak terhenti hanya di perlumbaan keempat, malah hari ini (Ahad) mereka akan meneruskan perjuangan di perlumbaan kelima Asian Le Mans Series, Abu Dhabi.