BOLA sepak Indonesia mengalami tragedi yang tidak disangka-sangka lagi.
Pemain FBI Subang, Septian Raharja, 35, parah dipanah petir ketika bermain perlawanan persahabatan hujung minggu lalu dan meninggal dunia di hospital.
Kejadian ini berlaku pada Ahad lepas semasa perlawanan persahabatan antara 2 FLO FC Bandung dan FBI Subang di Stadium Siliwangi, Bandung, Wilayah Jawa Barat.
Klip video itu menunjukkan Septen Raharja berjalan di atas padang sebelum tragis disambar petir dan membuat pemain lain bergegas masuk untuk melihat keadaannya dengan ekspresi panik.
A tragic incident occurred at stadium in Indonesia 🇮🇩, on the 10th of February 2024, When a man from Subang was fatally struck by lightning while playing football 😦
Thoughts? pic.twitter.com/s0AP2vo0Mb
— GIDI (@Gidi_Traffic) February 11, 2024
Menurut PRFM News, media tempatan Indonesia melaporkan selepas Septian dipanah petir, dia tidak bernafas sebelum dibawa ke hospital berdekatan.
Septian adalah pemain bola sepak Indonesia kedua dalam tempoh 12 bulan lalu yang disambar petir, dengan yang sebelumnya berlaku pada 2023 semasa Piala Soeratin B-13. Dalam pertandingan itu pemain B-13 dari Bojonegoro Wilayah Jawa Timur, bezanya selepas menerima bantuan perubatan dan sedar semula dalam masa kira-kira 20 minit.