PERTAHANAN Harimau Malaya, Dion Cools berjaya meledak jaringan sulungnya bersama skuad Buriram United semasa aksi saingan Liga Thailand bertemu Trat FC.
Pemain berusia 27 tahun itu telah menjadi wira utama dalam perlawanan tersebut apabila tampil melakukan jaringan seawal minit keempat permainan berlangsung.
Tambahan lagi, jaringan yang dicatatkan Cools turut memberi tokok tambah dalam rekod peribadinya memandangkan itu merupakan gol pertama yang dihasilkan dalam saingan Liga Thailand.
Setelah menempuh 18 perlawanan liga sejak Januari musim lalu, Cools akhirnya berjaya menghadiahkan gol pertama buat dirinya sendiri sejurus kepada peminat-peminat yang menjadi tulang belakangnya.
Dalam masa yang sama, pengendali Buriram United iaitu Arthur Papas juga pasti terkedu apabila Cools dapat menghasilkan rentak cemerlang sewaktu beliau meletakkan Cools di posisi luar kebiasaannya iaitu bahagian sayap kanan.
Jelas disitu, Cools melihatkan dirinya sebagai watak utama dalam padang yang boleh memegang pelbagai karakter iaitu bermain di sebarang posisi berlainan.
Untuk rekod, Dion Cools juga telah berjaya mencatatkan satu bantuan jaringan ‘assist’ dalam keseluruhan 18 perlawanan sejak musim 2023.