UiTM Cawangan Selangor terus mengukuhkan kedudukan sebagai juara bertahan dengan  kemenangan sembilan tahun berturut-turut.

Semangat juang tidak pernah luntur di kalangan atlet UiTM Cawangan Selangor (UCS) yang sekali lagi melakarkan namanya dalam sejarah dengan kemenangan gemilang pada Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA ) kali ke-29 tahun 2024.

KARiSMA 2024, yang berlangsung selama sembilan hari bermula 25 Februri hingga 4 Mac 2024  di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau, melibatkan 14 kontijen dari seluruh UiTM. UiTM Cawangan Selangor muncul sebagai Juara Keseluruhan dengan mengumpul 28 pingat emas, 14 perak, dan 12 gangsa.

Kemenangan ini diraikan dengan penuh kebanggaan oleh Profesor Dr. Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, dalam majlis penutup yang dirasmikan oleh Profesor Dr. Yamin Yasin, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Kemenangan UiTM Selangor diraikan dengan penuh kebanggaan.

Turut hadir di majlis tersebut  adalah Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP, barisan jurulatih dan pegawai sukan yang mengiringi kontijen pelajar. Kontinjen UiTM Cawangan Selangor.

“Sentiasa mengiktiraf dan menggalakkan bakat-bakat di kalangan pelajar, kejayaan ini tidak hanya menandakan kecemerlangan atlet, tetapi juga semangat kesukanan yang berkobar di kalangan komuniti UiTM Cawangan Selangor.

“Tahniah buat para atlet  dan pasukan jurulatih yang telah membawa nama baik universiti dalam pentas sukan KARiSMA 2024, ” kata kenyataan UiTM.

Momentum kemenangan ini pastinya akan memperkukuh semangat dan keazaman pelajar UiTM Cawangan Selangor untuk terus menonjolkan prestasi dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang, tidak hanya di arena sukan, tetapi juga dalam semua aspek kehidupan akademik dan sosial.