Foto : JDT RACING TEAM 

HAFIZH Syahrin Abdullah dari JDT Racing Team bangkit untuk menamatkan hari gemilang dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) apabila muncul naib juara dalam perlumbaan 2 ASB1000 Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram.

Hafizh merupakan pendahulu sejak pusingan pertama tetapi dipintas pada pusingan ke-8 dan berakhir sebagai naib juara dengan catatan 1:36.123 saat (s).

Johan milik Andi Farid Izdihar, pelumba Indonesia dari Honda Asia-Dream Racing with Astemo, unggul kelebihan catatan masa 0.151s.

Hafizh mengibarkan bendera Johor di Litar Antarabangsa Chang.

Sementara itu, Azlan Shah Kamaruzaman, pelumba rakan senegara dari TKKR BMW Racing Team, yang memenangi perlumbaan 1 telah menamatkan tempat ke-5 dengan catatan 1:36.893s.

Uniknya, Azlan melakar kelajuan tertinggi dalam perlumbaan ini dengan 303.4 km/j.

Selain itu, dalam perlumbaan 2 siri UB600, Afif Imran, pelumba Malaysia dari PiysBike OneWay JRT Tech2 Racing Team, mendapat kemenangan dengan 2:01.948s.