KEDAH Darul Aman (KDA FC) mengumumkan ketibaan Muhammad Faiz Mohd Nasir, pemain yang pernah menjadi taruhan barisan kejurulatihan Kedah pada satu ketika.

Dilabel antara pemain bertubuh kecil, namun Faiz liga dan  lincah dalam mengatur gerakan serta turut menjaringkan gol penting dan berkelas dunia ketika final Piala Malaysia 2018 menentang Perak.

Pemain tengah yang kini menginjak usia 32 tahun akhirnya berjaya diperoleh pihak pengurusan secara kontrak pinjaman dari Terengganu FC.

Rezekinya kali ini bersama Sang Kenari, dan dirinya berazam untuk bangkit menyamai prestasi kemuncaknya bersama Terengganu suatu masa dahulu.

“Saya pernah dilamar Kedah ketika awal penglibatan saya di Liga Premier dulu bersama PBAPP FC.

Saya gembira untuk menabur bakti bersama Kedah dan dengan coach Nafuzi Zain di sini saya lebih selesa untuk beraksi walaupun kalangan rakan sepasukan dan suasana baharu di Kedah.

Saya mahu kembali ke puncak prestasi membantu Kedah kekal sebagai pasukan antara yang terbaik di Malaysia,” katanya yang berasal dari Kelantan.

 

Perjalanan Faiz Nasir melalui pelbagai kelab memang mengagumkan. Bermula dari Liga Premier dengan PBAPP FC, bergerak ke pertandingan amatur dengan Felcra FC, dan kemudian bermain untuk tiga kelab Liga Super iaitu

Terengganu FC, Selangor FC, dan Kelantan United FC mencerminkan kebolehan dan penyesuaianannya sebagai seorang pemain.

Pengalamannya dalam pelbagai peringkat pertandingan pastinya akan memberi manfaat kepada skuad Sang Kenari musim ini.