JURULATIH B.Sathianathan mengundur diri daripada pengurusan bola sepak berikutan masalah kesihatan serius yang dialaminya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais memberitahu FLASH SUKAN bahawa Sathia telah menghantar surat pengunduran rasminya sebagai Ketua Jurulatih SUFC pagi ini (Isnin).

“Kami menerima surat daripada coach Sathia pagi ini. Beliau mohon undur diri kerana masalah kesihatan yang serius dan kami sangat memahaminya.

S.Balachandran

“Dalam pada itu, bekas penolong jurulatih Harimau Malaya, S.Balachandran akan mengambil alih tugas utama skuad SUFC berkuat-kuasa serta merta,” jelasnya kepada FLASH SUKAN.

Dalam pada itu, Posa turut mengulas kekalahan besar kepada Selangor FC pada aksi Liga Super semalam.

“Saya faham situasi sukar semalam. Pembantu jurulatih Ahmad Nurfaizal  terpaksa mengambil tugas sementara pada perlawanan tersebut. Kita tak boleh nak harapkan terlalu tinggi.

“Jadi selepas ini kita dah ada coah Bala, dan harapnya semuanya kembali berjalan lancar,” tambahnya.