FERRARI merekodkan 1-2 pertama mereka di Australia sejak Michael Schumacher dan Rubens Barichello mencapai kejayaan itu sepanjang tahun 2004, tetapi walaupun memperoleh mata maksimum termasuk mata bonus untuk pusingan masa terpantas, bos pasukan Fred Vasseur tidak mahu terbawa-bawa dengan kejayaan itu
Carlos Sainz mematahkan rentak kemenangan Max Verstappen dengan meraih kemenangan di Melbourne dari tempat kedua di grid hanya dua minggu selepas pembedahan, manakala Charles Leclerc terpaksa bekerja lebih keras untuk melawan Lando Norris dan menduduki tempat kedua, dengan pemandu Monegasque itu juga mengambil pusingan masa terpantas.
Walaupun di atas kertas ia adalah keputusan yang sangat kuat untuk Ferrari, keputusan itu tidak datang jika Verstappen tidak bersara pada pusingan ketiga, Scuderia tidak menewaskan pemandu Belanda yang dominan itu dalam pertarungan roda ke roda – walaupun begitu penampilan mereka sepanjang hujung minggu, ramai yang percaya mereka mempunyai rentak untuk bertarung dengan Verstappen.
“Saya langsung tidak fokus pada prestasi Red Bull, saya fokus pada prestasi kereta kami. Kami mengorak langkah ke hadapan,” kata Vasseur selepas perlumbaan.
“Keyakinan adalah sebahagian besar daripada hasil bisnes ini dan saya fikir kami sedang membina keyakinan sejak bulan lalu, dan ia sudah pun berlaku pada bahagian terakhir musim tahun lepas.
“Sudah berlaku pada hujung minggu ini (lalu) apabila kita menyusun segala-galanya – dan saya tidak fikir kita akan dapat melakukannya setiap minggu – apabila kita melakukannya, kita boleh meletakkan mereka di bawah tekanan dan apabila mereka berada di bawah tekanan mereka boleh melakukan kesilapan jadi kami perlu meneruskan ke arah ini.”
Vasseur pantas memuji Sainz, pemandu Sepanyol itu telah sembuh dengan baik daripada pembedahan yang menyebabkannya tidak berlumba di Jeddah. Sainz bertindak pantas dari awal di Melbourne walaupun mengakui dia cuba bertenang pada hari Jumaat, mencatat masa lagi pantas berbanding rakan sepasukannya dan kemudian melepasi Verstappen untuk mendahului pada peringkat awal Grand Prix. Dia mencatatkan kemenangan ketiganya untuk Scuderia, dan yang pertama di mana dia tidak bermula dari petak pertama.
Ferrari hanya empat mata di belakang Red Bull dalam kejuaraan contructors sekarang, dengan Leclerc juga memotong Sergio Perez untuk menduduki tempat kedua dalam kejuaraan pemandu.
Tetapi jika Singapura tahun lepas ada mengajar kita sesuatu, Red Bull cenderung untuk bangkit dengan kuat daripada kekecewaan. Vasseur akan berhati-hati menuju ke Suzuka, tetapi dengan pasukannya menunjukkan tanda-tanda kemajuan yang besar terutamanya dengan pengurusan tayar mereka terdapat banyak sebab untuk optimis di Maranello.