TERENGGANU FC mengumumkan penaja utama baharu untuk bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.

Syarikat pemasaran pelbagai peringkat tempatan iaitu Vearich International menjadi penaja utama baharu bagi menggantikan Colevar untuk musim akan datang.

Pengumuman itu dilakukan selepas kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman dan perjanjian penajaan dalam satu majlis di Petaling Jaya semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Vearich İnternational, Datuk Abdul Khair Saad mengumumkan penajaan mereka bersama Terengganu FC ialah selama semusim.

Perjanjian itu menyaksikan syarikat yang menumpukan terhadap produk kesihatan itu hadir sebagai penaja utama dengan nilai tajaan sebanyak RM3 juta bermula April 2024 sehingga April 2025.

Proposal yang kita dah dapat daripada Terengganu FC (TFC), untuk penajaan platinum sponsor berjumlah RM3 juta dalam bentuk wang tunai, dalam masa yang sama, ada jugak dalam bentuk in-kind (barangan).

Hampir kesemua pemain Terengganu FC datang bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Terengganu FC dan Vearich International.

“Kami memilih Terengganu FC kerana outreach dia yang kuat, performance media sosial juga yang agak baik. Disini saya boleh katakan TFC merupakan sukan rakyat, nombor satu di hati rakyat Terengganu, itu perbezaaan TFC dan kelab-kelab lain di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vearich İnternational, Datuk Abdul Khair Saad kepada media.

Menerusi penajaan ini, logo produk mereka Agarbomb Performance akan dipaparkan di kesemua aset pemasaran pasukan termasuk di bahagian hadapan jersi pasukan Terengganu FC sepanjang musim 2024-25.