BEKAS penyerang prolifik Manchester United, Ryan Giggs disahkan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan Wales secara rasmi berkuatkuasa serta merta.

“Selepas membuat pertimbangan secara teliti, saya membuat keputusan untuk mengundur diri daripada jawatan saya sebagai pengurus Wales serta merta.

“Ia merupakan penghargaan terbesar bagi menguruskan negara saya sendiri, tetapi saya merasakan lebih utama adalah pasukan Wales FA, barisan kejurulatihan dan para pemain bagi menghadapi kejohanan akan datang supaya tidak lagi berlaku sebarang spekulasi tentang calon terbaik bagi memegang tampuk sebagai ketua jurulatih,” ujar pengurus berusia 48 tahun itu.

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Wales (FAW) dengan berat hati terpaksa menerima keputusan yang dibuat legenda bolasepak tersebut demi kebaikan pasukan Wales.

“FAW mengucapkan terima kasih kepada Giggs dan meletakkan penghargaan atas kerjayanya dalam skuad kebangsaan Wales. Kami menghormati keputusannya demi kebaikan bolasepak Wales. Fokus utama kami adalah pada Piala Dunia 2022 di Qatar nanti,” jelas jurucakap FAW kepada BBC.

Tatkala ramai yang gusar dengan peletakan jawatannya, Robert Page muncul individu yang dilantik Persatuan Bolasepak Wales FA menjadi pengurus interim (sementara) bagi membimbing pasukan Wales.

Wales kini berada dalam kumpulan B bersama Iran, England dan Amerika Syarikat dan bakal memulakan saingan aksi peringkat kumpulan   Piala Dunia 2022 menentang Amerika Syarikat pada 21 November.