Wanja Ronald Ngah.

Setelah menamatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Pro Jordan bersama kelab Al Salt pada 2021, Ronald Ngah bergerak ke timur untuk menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC musim ini dan pemain Cameroon itu kini bersedia untuk kembali ke Piala AFC untuk musim kedua berturut-turut.

Ronald Ngah berada pada prestasi yang sangat ‘hangat’ dalam pertandingan benua 2021, menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan, termasuk hatrik menentang Balata Central dari Palestin, untuk membawa pasukannya ke pusingan kalah mati dalam kempen sulungnya.

Prestasinya masih belum reda sejak berpindah ke Asia Tenggara, dengan Ngah telah mencetak tujuh jaringan dalam sembilan perlawanan untuk menduduki tempat kedua dalam carta Liga Super.

Dia membuka akaun jaringan bersama KDA FC semasa debut menewaskan Sarawak United 1-0 ditempat lawan pada 4 Mac lepas.

Statistik Ronald Ngah bersama KDA FC musim ini.

Agak lama Kedah tidak bermain di pentas Piala AFC, dengan penampilan mereka sebelum ini adalah mara ke Pusingan 16 pada 2009 sebelum dikalahkan kelab Vietnam, Binh Duong.

Tetapi jika pemain bintang hadapan KDA FC boleh terus menghasilkan jaringan, rakyat Malaysia sepatutnya mempunyai harapan yang realistik untuk melihat skuad pimpinan Aidil Sharin Sahak kembali layak ke pusingan kalah mati Piala AFC 2022 !

PROFIL

Ronald Ngah
Warganegara : Cameroon
Posisi : Penyerang
Usia: 30
kKerjaya :
2013–2016 Njala Quan
2016–2018 Coton Sport
2018 Al-Jahra
2018–2019 Al-Qadsia
2019–2020 Smouha
2020 Al-Mujazzal
2021 Al-Salt
2022 Kedah Darul Aman FC