KEJADIAN unik berlaku dalam sesi latihan sebuah pasukan bola sepak di Indonesia.

Jurulatih pasukan Indonesia B-19,Shin Tae-yong bertindak menghentikan seketika sesi latihan sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang dari masjid berhampiran di Stadium Madya, Jakarta pada Selasa.

Tae-yong meniupkan wisel panjang sambil menunjuk ke arah langit. Para pemain kemudian menghentikan latihan dan memanfaatkannya untuk rehat dan minum.

Selesai azan, Tae-yong meneruskan sesi latihan dan berlangsung hampir 2 jam 30 minit.

Menurut laporan Bola.com ia sebagai persiapan Indonesia menjelang Kejuaraan B-19 AFF 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 2 hingga 15 Julai depan.