SEDIKIT kesal apabila ada pihak penganjur tidak memperlihatkan sensitiviti terhadap keperluan masyarakat tempatan kerana mengadakan acara pada waktu solat Jumaat tanpa mempertimbangkan pilihan waktu yang lain.

Tindakan sebuah syarikat korporat yang menganjurkan Meet and Greet bersama legenda Manchester United dan Liverpool di sebuah hotel terkemuka ibu negara dengan menjadualkan acara pada jam 12.30 tengahari sangat tidak wajar dan tidak menghormati keperluan keagamaan orang Islam.

Waktu solat Jumaat yang sangat pendek tidak memungkinkan majoriti wartawan Muslim untuk turut hadir membuat liputan berita kedua-dua pasukan yang dibarisi bekas bintang ternama dunia.

Tidak kiralah anda peminat sejati Red Devils atau The Reds, penting untuk semua pihak memahami dan menghormati nilai-nilai agama serta amalan keagamaan masyarakat tempatan dalam merancang aktiviti dan acara.

Kenapa tidak sahaja menjalankan program tersebut dari jam 10 pagi atau dianjakkan sedikit selepas jam 3 petang, maka dapatlah ramai pengamal media boleh turut serta. Pendek kata, ia boleh menjadi langkah yang bijaksana.

Penting untuk diingat bahawa dalam masyarakat yang berbilang budaya dan agama seperti Malaysia, penghormatan terhadap kepercayaan dan tatacara agama orang lain adalah suatu keutamaan.

Tidak mengambil kira keperluan agama dalam merancang acara boleh menimbulkan ketidakselesaan dan rasa tidak hormat di kalangan komuniti yang beragama tersebut.

Walaupun alasan ini mungkin ada logikanya dari sudut pandang praktikal, langkah-langkah sepatutnya perlu diambil untuk memastikan bahawa penganjur acara untuk lebih teliti dalam merancang jadual mengelak berulang masa hadapan