BINTANG West Ham Unitted, Michail Antonio mendedahkan kronologi pertengkaran antara Mohamed Salah dan Jurgen Klopp semasa perlawanan kedua-dua pasukan pada 27 April lepas.
Insiden di Stadium London itu berlaku pada minit ke-79 ketika Klopp bersedia untuk memasukkan Salah, Darwin Nunez, dan Joe Gomez sebagai pemain gantian. Salah, yang bersiap untuk menggantikan Luis Diaz, terlibat pergaduhan dengan Klopp di tepi padang.
Mikrofon di sisi padang menangkap percakapan antara Salah dan Klopp. Darwin Nunez akhirnya memisahkan mereka dengan merangkul Salah untuk menenangkannya.
Beberapa hari selepas perlawanan, Antonio menceritakan apa yang dia dengar daripada pemain Liverpool tentang kejadian tersebut. Menurutnya, Klopp biasanya memberi pelukan dan mengucapkan “semoga sukses” kepada pemain yang masuk, tetapi ketika Salah akan masuk, Klopp berjalan ke arah yang berbeza.
Klopp cuba untuk bertepuk tangan dengan Salah, tetapi wajah Salah tetap dingin. Klopp kemudian bertanya, ‘Adakah anda ingin duduk kembali?’, tetapi Antonio tidak tahu apa yang Salah jawab.
Selepas perlawanan, Salah memberikan sedikit komen mengenai pertengkaran tersebut, sementara Klopp mengatakan bahawa masalah mereka telah diselesaikan di bilik persalinan.
Perlawanan berakhir dengan seri 2-2, dengan gol West Ham dicetak oleh Jarrod Bowen dan Michail Antonio, manakala gol Liverpool dicetak oleh Andy Robertson dan gol sensiri Alphonse Areola.