BEBERAPA inisiatif sedang dilakukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam usaha mengatasi kekurangan pemain perseorangan wanita yang kini dianggap kritikal.

Jurulatih perseorangan wanita negara, K Yogendran berkata, antara langkah drastik diambil BAM adalah mencari pemain berkualiti dan berbakat dari luar Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Ketika ini, perbezaan ketara Malaysia dengan negara alain adalah kumpulan bakat akar umbi wanita yang terhad di Malaysia berbanding negara lain.

“Sejak kebelakangan ini, BAM membuat sedikit perubahan dari segi pemikiran iaitu cuba memilih pemain dari luar yang boleh beraksi tetapi tidak bersedia untuk masuk ke dalam BAM.

“Mungkin mereka belum bersedia untuk memasuki ABM disebabkan komitmen dengan sekolah dan faktor lain,” kata Yogendran.

K.Yogendran masih berada di Chengdu, China, membantu pasukan Piala Thomas negara.

Ujarnya, ketika ini, BAM memberi sokongan kepada dua pemain li luar akademi terbabit iaitu masing-masing seorang dari Selangor dan Johor.

“Kita memberi kelonggaran kepada pemain Selangor, Eng Ler Qi untuk berada di luar akademi, namun memantau program latihan selain memberi bantuan sokongan untuk menyertai kejohanan.

“Seorang lagi adalah pemain dari Johor berusia 14 tahun, Low Zi Yu, dan kita membantu apa yang mereka minta,” katanya.

Wong Ling Ching hanya meraih satu kemenangan dalam saingan Piala Uber.

Nur Shuhaini mendapat perhatian Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky yang berasakan pemain terbabit tiada kesungguhan dan semangat melawan meskipun beraksi sebagai ‘underdog’.

Dalam masa sama, Yogendran berharap persatuan badminton negeri dan kelab-kelab tempatan akan turut bekerjasama untuk mencari bakat-bakat baharu pemain wanita bagi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Negara lain, mereka tidak hanya bergantung kepada pemain dalam skuad kebangsaan sebaliknya kelab-kelab mereka juga turut menghantar pemain menyertai kejohanan.

“Kita harap di Malaysia juga, persatuan negeri dan kelab, boleh membantu kita untuk mencari lebih ramai pemain wanita. Kita akan memberi sokongan kepada mereka pergi ke kejohanan.

“Kalau pemain ini bagus memang BAM akan memberi sokongan kepada mereka dan mungkin diberi peluang menyertai BAM,” katanya.

Siti Zulaikha, perseorangan wanita termuda negara dibawa ke Chengdu, China, hanya sekali duturunkan menentang Australia dan berjaya mendapatkan kemenangan.

 

Sejak kembali bersama BAM, K Letshanaa belum menunjukkan peningkatan ketara.

Kelemahan dalam acara perseorangan wanita jelas ketara menerusi persembahan pemain negara ketika saingan Piala Uber di Chengdu, China.

Pemain perseorangan wanita negara, hanya mencatat kemenangan ketika bertemu Australia dalam aksi terakhir Kumpulan B menerusi Goh Jin Wei, Wong Ling Ching dan Siti Zulaikha Azmi yang menyaksikan skuad negara menang 4-1.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia tersingkir di peringkat kumpulan selepas sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan susulan kekalahan dalam dua perlawanan awal di tangan Chinese Taipei dan Thailand.