PASUKAN yang bertanding menjadikan kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2024 sebagai platform untuk menguji barisan pemain muda.
Menurut Sukri Mutalib, pemain-pemainnya sudah bersedia untuk menghadapi kejohanan berprestij biarpun dibarisi dengan majoriti pemain muda.
“Bagi saya, objektif kami adalah untuk mencuba bermain dengan sangat baik dalam setiap perlawanan kerana kami adalah pasukan baharu dan mempunyai campuran pemain senior dan muda.
“Jadi kami mempunyai projek jangka panjang, saya berharap mereka dapat memperbaiki diri dan kami dapat mencapai sekurang-kurangnya empat terbaik dalam kejohanan ini,” katanya dalam sidang media.
Bagi New Zealand, mereka menjadikan kejohanan ini sebagai platform mereka untuk menguji pemain muda yang kemungkinan dimasukkan dalam skuad akhir untuk Paris 2024.
“Kejohanan ini juga memainkan peranan besar dalam persiapan kami untuk Sukan Olimpik Paris.
“Kami mempunyai beberapa pemain yang masih berada di Eropah menyelesaikan komitmen kelab mereka. Dan itu memberi kami peluang untuk memberi peluang kepada pemain lain meletakkan kaki terbaik mereka untuk pemilihan terakhir untuk Sukan Olimpik.
“Jadi ia adalah masa yang baik untuk kita menguji. Tahap persaingan dalam kejohanan ini adalah sangat baik. Saya sangat menantikan perlawanan-perlawanan disini,” kata ketua jurulatih Kiwis, Greg Nicol.
Rata-rata pasukan mempunyai misi yang sama iaitu ingin menyediakan pemain-pemain muda untuk sukan terbesar akan datang, terutamanya Sukan Asia 2026.
Malaysia akan memulakan aksi dengan bertemu pasukan Pakistan pada Sabtu, pukul 8.30 malam.