REZIQ Bani Hani diumumkan secara rasmi sebagai pemain import terbaru untuk Red Giants menjelang Liga Malaysia 2024/25.
Lahir pada 2002, Reziq adalah seorang pemain kebangsaan Jordan yang telah bermain dengan pasukan bawah 16 (B-16), B-17, B-19, dan baru-baru ini B-23 pada Piala Asia 2024.
Selain itu, dia juga memegang lilitan sebagai kapten pasukan belia kebangsaan. Pencapaian Reziq dengan kelab negara kelahirannya juga mengagumkan. Dia bermain dalam enam perlawanan di peringkat Kumpulan B Liga Juara-Juara AFC 2023/2024 untuk Al-Faisaly SC, menjaringkan dua gol dan membantu dua lagi.
Selain itu, dua gol Reziq dalam kejohanan JFA Shield 2023 telah membantu Al-Faisaly SC mengangkat piala untuk kali kesembilan, yang juga merupakan trofi pertamanya bersama kelab tersebut.
“Ini adalah kali pertama saya ke Malaysia. Walaupun saya masih muda, saya berharap bahawa pengalaman yang saya miliki dapat mengukuhkan pasukan untuk menghadapi Liga Super 2023/24 dan untuk berjuang dalam ACL 2 2024.
“Oleh itu, saya akan memberikan segalanya agar tidak mengecewakan mereka,” kata Reziq dalam kenyataan Selangor FC.
Di antara pencapaian lainnya, Reziq dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dalam liga B-17 dan B-19 tahun di Jordan pada tahun 2017-2018.
Selain itu, dia juga merupakan Pemain Terbaik dan memenangi kejohanan Piala Donsti di Sepanyol bersama Knight Jordan pada usia beliau.
Terkini, Reziq merupakan penjaring teratas di Liga Pro Jordan dengan 9 gol.