MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet dan menegaskan bahawa tiada tempat untuk keganasan dalam sukan.
Beliau meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku keganasan tersebut.
Hari ini, insiden keganasan terhadap atlet seperti yang menimpa pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, yang disimbah dengan asid menimbulkan kebimbangan dalam komuniti sukan negara.
“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No violence in sports! Saya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku,” katanya menerusi ciapan platform X pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN : Faisal Halim disimbah asid
Keselamatan atlet adalah satu isu yang sangat penting dalam dunia sukan, dan tindakan tegas perlu diambil untuk melindungi mereka daripada sebarang kejadian keganasan
Komitmen untuk memastikan keselamatan atlet dalam sukan adalah penting untuk mengekalkan integriti dan keamanan dalam arena sukan tempatan.
Adalah harapan semua pihak agar langkah-langkah yang sewajarnya diambil untuk memastikan keselamatan para atlet dalam melaksanakan tugas mereka dalam bidang sukan.