PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berasa kesal dan sedih ke atas dua insiden berasingan yang membabitkan dua pemain skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid dan Faisal Halim.
Kata-kata ini diterbitkan sendiri oleh Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Ahad.
“Sama-sama kita seluruh penyokong bola sepak tanah air dan rakyat Malaysia mendoakan semoga Akhyar dan Faisal cepat sembuh dan kembali dapat beraksi.
“FAM juga berharap supaya individu-individu yang bertanggungjawab terhadap insiden ini dapat dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin,” menurut kenyataan FAM.
Terdahulu, tular gambar Faisal disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara hari ini.
Mangsa baru-baru ini dinobatkan sebagai Penjaring Gol Tercantik Piala Asia.
Insiden tersebut berlaku selepas tidak sampai seminggu insiden seorang lagi pemain kebangsaan, Akhyar Rashid, disamun di Terengganu.